Friday 24 May 2013

Barisan



{61}
As-Saff (barisan) 1~14.
Dangan nama Allah, pemurah, penyayang.

1. Telah tunduk kepada  (kemahuan) Allah apa-apa yang dilangit-langit dan apa-apa yang dibumi, kerana ialah yang gagah, yang  bijakasana.
2. Hai orang-orang yang beriman ! mengapa kamu berkata apa yang tidak kamu kerjakan ?
3. Besar kemurkaan disisi Allah lantaran kamu berkata apa yang kamu tidak kerjakan.
4. Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berperang dijalan nya dengan berbaris seolah-olah mereka satu bina yang tersusun.
5. Dan (ingatlah) tetakala Musa berkata kepada  kaumnya; “hai kaum ku ! mengapakah kamu ganggu  akan daku, pada hal kamu tahu bahawa aku (ini)  pesuruh Allah kepada kamu ?” maka tetakala mereka condong, maka Allah condongkan hati-hati mereka, kerana Allah tidak memimpin kaum yang derhaka.
6. Dan (ingatlah) tetakala berkata Isa anak Mariam; “hai bani Isreal !  sesungguhnya aku (ini) pesuruh Allah kepada kamu, mencukupi (bunyi) Taurat yang sudah ada dihadapanku dan sebagai pemberi khabar girang tentang (kedatangan) seorang Rasul sesudh ku yang namanya Ahmad”, tetapi tetakala (Rasul) itu datang kepada mereka dengan membawa keterangan, mereka berkata; “ini  satu seher yang nyata”.
7. Dan bukankah tidak ada siapa-siapa yang lebih anyanyai daripada orang yang membikin dusta atas nama Allah, pada hal dia diajak kepada (agama) Islam ?  dan sesungguhnya Allah tidak memimpin kaum yang zalim.
8. Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut-mulut mereka, pada hal Allah hendak menyempurnakan cahaya (agama)nya,  walau pun tidak disukai oleh orang-orang kafir.
9. Ialah (Tuhan) yang telah utus Rasul nya dengan membawa pimpinan dan agama kebenaran buat memenangkan nya atas agama-agama semuanya, walau pun tidak disukai oleh orang-orang musrik.
10. Hai orang-orang yang beriman, mahukah aku unjukkan kepada kamu satu perdagangan yang bisa  melepaskan kamu daripada azab yang pedih ?
11. (Iaitu) hendaklah kamu percaya kepada Allah dan Rasulnya, dan  kamu berjihad dijalan Allah, dengan harta-harta kamu dan diri-diri  kamu, yang demikian itu baik kamu, jika kamu mengetahui.
12. Nescaya ia ampunkan bagi kamu dosa-dosa kamu, dan ia masukkan  kamu kesyurga-syurga yang mengalir padanya  sungai-sungai dan ketempat-tempat tinggal yang baik disyurga-syurga kekalan, yang demikian itu lah kemenangan yang besar.
13. Dan satu lagi yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan  penaklukan (Mekah) yang hampir (waktunya), dan sampaikan lah khabaran girang (ini) kepada mukmin.
14. Hai orang-orang yang beriman ! jadilah pembantu-pembantu Allah sebagaimana Isa anak Mariam berkata kepada sahabat-sahabatnya; “siapakah pembantu-pembantu ku ke(jalan) Allah?”, sahabatnya berkata; “kami pembantu-pembantu Allah”, lalu sebahagian daripada bani Israel beriman dan sebahagian kufur, maka kami bantu mereka beriman buat (mengalahkan) musuh-musuh mereka, maka jadilah mereka orang-orang yang menang. 

[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References]